Apakah Asas Keusahawan Internet ?



Apakah Asas Keusahawan Internet ? | Menjalankan bisnes online yang berjaya nampak seperti mudah dan simple apabila anda melihatnya dari luaran. Anda lihat usahawan online dan seperti dia tidak melakukan apa-apa yang istimewa tapi dia hidup dengan senang. Nampak seperti dia tidak berkerja keras langsung. Seperti dia menikmati kehidupan dengan mudah.

Apa yang dia buat hanyalah duduk dengan selesa di depan computer/ laptop dalam rumah sendiri yang selesa beberapa jam sehari dan bercakap di telefon pintarnya seperti dia menikmati setiap berbualan dengan gembira.

Nampaknya, nak menjalankan bisnes online yang berjaya sangat mudah bukan? 

Anda silap. Apa yang anda lihat itu sebenarnya hasil kejayaan daripada usaha yang sangat, sangat, sangat kuat dan melalui bermacam-macam proses serta halangan dan berjam-jam memerah keringat selama beberapa tahun.


Usahawan internet tersebut bekerja sangat-sangat keras untuk hasil kejayaan yang anda lihat dari luaran. 

Sepertinya dia menggunakan 4 asas sebaik sahaja dia memulakan perniagaan online dalam proses membina bisnes online yang berjaya. 4 asas tersebut ialah :

🔵 Mindset yang betul.
🔵 Mengenali dan mengekplotasi sumber sebaiknya.
🔵 Membina set hubungan yang efektif.
🔵 Dan mempunyai mentor.

Kita akan bincangkan bagaimana keempat-empat asas ini perlu dipraktikkan agar kejayaan bisnes online dapat dibina.

Kesemua asas ini penting, ianya sangat penting bukan sahaja kepada kejayaan apa-apa bisnes terutamanya bisnes online.

Membina bisnes yang berjaya dalam alam maya mempunyai banyak persamaannya dengan membina bisnes offline. Walaupun begitu masih ada perbezaan yang ketara.

💰 Mempunyai mindset yang betul. Mindset yang sihat.

Kejayaan bisnes online dan offline kedua-duanya memerlukan mindset yang betul sebelum memulakannya.

Mindset yang betul serta sihat tidak menjamin kejayaan tapi mindset yang salah, tidak sihat menjamin kegagalan. Jadi mindset yang betul merupakan asas pertama yang perlu dipraktikan untuk membina kejayaan.

Apakah itu mindset yang betul dan sihat?

Mindset yang betul dan sihat merupakan KEUPAYAAN untuk bekerja keras dan selama yang boleh untuk mencapai matlamat yang di tetapkan. Minset yang betul, rasional dan sihat BUKAN kepercayaan yang mengharapkan kejayaan itu dating dengan mudah, cepat dan tanpa halangan.

Kepada sesiapa yang percaya yang mereka boleh melakukan bisnes internet dengan jayanya tanpa perlu mengorbankan masa dan usaha akan menempah kegagalan dari awal lagi.

Terdapat ramai scammer ( penipu ) di luar alam maya sedang mencari mangsanya yang datang dengan mencari cara mudah untuk menjadi kaya.

Mindset yang betul dan sihat bukanlah memulakan dan mengharapkan yang terbaik. Ianya mungkin tidak member pulangan seperti yang anda jangkakan. Cara yang terbaik ialah mempunyai pelan atau rancangan berbisnes online.

Sekiranya anda tidak mempunyai formal knowledge dalam marketing dan bisnes, anda boleh cari mereka yang pakar, yang ada maklumat atau informasi tentangnya dan ikuti nasihat-nasihat dari mereka.

.Mindset yang betul. Mindset yang sihat. Image from big-change.org


💰 Mengetahui dan mengekplotasikan sumber.

Terdapat berdozen.. mungkin beratus model bisnes diluar sana. Setengahnya, ya sudah pasti lebih berjaya berbanding yang lain tapi mereka ada pro dan kontranya.

Rancangan terbaik ialah memgunakan sumber yang ada sebaik mungkin. Anda perlu gunakan semua kelebihan internet untuk membuat bisnes online berjaya. Jangan sia-siakan peluang anda.

Sekiranya bersemangat untuk memulakan kejayaan anda, ketidaksabaran untuk ekplotasikan atau optimasikan kesemuanya sumber internet pasti ada dan biasanya ianya sangat susah. Seperti saya pada mulanya juga melakukan kesilapan yang sama. Semua medium internet saya cuba eksploit sekaligus dengan rakus. Hasilnya, akaun-akaun saya dibanned. Dan saya terima itu sebagai pengajaran.

Apa yang kita perlukan ialah rancangan yang realistic dan fokus pada sesuatu perkara sehingga mantap baru lah pergi ke benda lain untuk membina asas yang kukuh untuk beroperasi. Saya cadangkan anda mendalami Prinsip 80/20.

Sekiranya lebih banyak rakan, keluarga atau pun pelanggan anda di Facebook, anda boleh buat komuniti di laman Facebook baru berpindah ke medium lain seperti Instagram ataupun Twitter.

Sekiranya anda memulakan blog atau website, perkara yang perlu anda lakukan terlebih dahulu ialah optimasikan / memantapkan SEO. Dengan ini anda website anda lebih mudah diindex dalan enjin pencarian.

Optimasi juga termasuk juga dengan menjenamakan diri anda. Jenamakan website anda, jenamakan produk anda ( branding ). 

Antara yang perkara yang paling cepat untuk menjenamakan diri ialah rebranding. Contohnya, ketika artikel ini di tulis, produk pomade menjadi kegilaan remaja. Terdapat beberapa orang mengambil peluang ini untuk memborong pomade dan meletakkan logo baru dan menjual pomade dengan harga mampu milik.

Bagi bisnes online, E-book merupakan salah satu cara untuk menjenamakan diri. Anda boleh menjualnya atau beri secara percuma sebagai penghargaan kepada viewer atau customer anda.

Harus diingatkan reputasi dan kredibiliti anda merupakan perkara penting di internet. Ia membolehkan orang yakin dan percaya kepada produk anda dan menjadi pelanggan tetap anda.

Uruskan sumber dengan efisen. Image from medium.com


💰 Membina Set Hubungan Yang Efektif ( Networking )

Ia bukanlah apa yang anda tahu, tapi siapa yang anda kenal. 

Ada pepatah lama mengatakan :

“ Ia bukanlah apa yang anda tau, tapi siapa yang anda kenal memberi anda kelebihan “ 

Menetapkan asas yang kuat dalam hubungan ialah aspek penting dalam membina kejayaan bisnes online.

Bekerja keras untuk membina hubungan bisnes sangat bernilai dan berbaloi meluangkan banyak masa untuknya. Hubungan bisnes online perlu menjadi keutamaan anda.

Apabila anda meletakkan anda bersosial, anda meletakkan diri anda kepada situasi sosial di mana anda berhubung dengan orang yang mempunyai minat sama dengan anda bukan?

Begitu juga dengan hubungan bisnes apabila ia terjadi, Anda masukkan diri anda dalam situasi bisnes dimana anda akan berjumpa dengan orang lain yang mempunyai bisnes yang lebih kurang dengan anda. Anda membina hubungan dalam jangka masa panjang.

Terdapat beberapa cara untuk membina hubungan ini. Salah satu ialah mengikuti seminar atau webinar yang berkaitan dengan bisnes anda.

Anda akan belajar dan dapat informasi yang banyak tapi yang lebih penting sekali anda akan berjumpa dengan orang yang sudah berjaya dalam bidang bisnes online yang anda ceburi. Selain itu anda, boleh mendapatkan feedback untuk memperbaiki kelemahan dan fokus kepada kelebihan yang anda ada.

Cara paling mudah dan murah ialah membuat group Facebook atau Whatsapp untuk berkongsi pendapat dan membina hubungan. Mereka bukan saja boleh menjadi kawan anda, mereka juga boleh membantu anda bersama-sama membantu menaikkan sales dan motivasi anda.

Pentingnya networking. Image from heysuccess.com


💰 Mencari Mentor Yang Sesuai

Mungkin tiada aset lebih bernilai yang boleh dimiliki sesiapa yang baru menceburi bisnes online untuk mempunyai mentor yang baik dan sesuai. Seseorang yang suda pernah melalui bermacam-macam halangan, membuat beribu-ribu kesilapan boleh mengelakkan anda melakukan kesilapan yang sama.

Mentor mempunyai pengetahuan melalui pengalaman daripada usaha-usaha mereka dan boleh menunjukkan anda jalan kepada pilihan yang betul. 

Mungkin anda bertanya, kenapa seseorang yang sudah berjaya mahu menghabiskan masa mereka membantu orang yang baru memulakan bisnes?

Jawapannya ialah pengulangan. Apabila kita mengajar orang lain, kita menjadi semakin bagus dalam perkara itu kerana kita berulang kali mempraktiskan informasi itu.

Jawapan yang lain ialah untuk merasa lebih HIDUP. Mungkin tidak semua orang merasakannya tapi bagi saya apabila kita menyalurkan pengetahuan, idea dan informasi kepada ramai orang, pengetahuan dan ilmu itu tetap tersebar dan ilmu yang kita sampaikan itu tetap “hidup” selamanya walaupun nyawa kita tidak selamanya hidup.

Sudah tentu mentor yang berjaya tidak ingin membuang masa untuk orang yang tidak berkerja keras untuk memgamalkan 3 asas pertama.

Mentor /Role model.

Anda boleh juga boleh menjadikan role model anda sebagai mentor. Mungkin anda tidak berhubung secara langsung tapi anda boleh kaji rahsia kejayaan dan cara mereka sebelum menceburi bidang yang mereka berjaya.

Teruskan membaca :
1. Kenapa Bisnes Online Gagal?
2. Peratusan Kegagalan Bisnes Online 
3. Meningkatkan Peratusan Kejayaan
3. Asas Keusahanan Internet
4. Kunci Kepada Perkembangan Bisnes Online Yang Berterusan 
5. Ciri-Ciri Pelaburan Diri Yang Berkesan
6. Merancang Kejayaan