Cabaran 300 Perkataan Dalam 30 Minit

Tags


cabaran-300-perkataa-30-minit


Cepat dan pantas.

Itu la cabaran yang kena kita tempuhi dalam kehidupan seharian.

Setiap hari persaingan semakin banyak. Mereka yang perlahan pastinya ketinggalan jauh kebelakang.

Dalam sehari, beribu-ribu orang memulakan perniagaan baru.

Dalam sehari, beribu-ribu produk yang kita boleh nampak di media sosial.

Namun, adakah hidup ini satu perlumbaan?

Jika benar ianya satu perlumbaan, tidak semua dari kita bermula di garisan permulaan yang sama.

Ada mereka yang dilahirkan dalam kehidupan yang mewah, ada juga mereka dilahirkan serba kekurangan.

Adakah adil untuk kita katakan hidup ini satu perlumbaan?

Setiap kejadian mungkin ada sebabnya.

Dan satu ayat yang sentiasa buat saya terfikir.
“ Hidup itu bukannya berlaku kepada kita, hidup itu berlaku untuk kita”
Kata-kata ini pertama kali saya dengar dari pelakon komedi kegemaran saya, Jim Carey

Seperti selebriti terkenal, Jim Carey melalui fasa kemurungan yang teruk.

Namun beliau berjaya bangkit dan memberi inspirasi kepada orang lain.

Pada mulanya untuk saya fahami kata-kata tersebut, namun ianya sebenarnya mempunyai maksud yang dalam dan bermakna bagi memahami maksud kehidupan.

Mungkin ada antara kita , termasuk Dedaun Comel, apabila kita menghadapi waktu yang sukar, kita sering tertanya soalan-soalan seperti ini.

Kenapa perkara ni selalu terjadi?
Malang betul nasib hari ini..
Hidup ni tak adil, orang lain hidupnya sempurna, ada pula yang hidup dalam kesusahan.

Hidup itu bukan terjadi kepada kita, tapi hidup itu terjadi untuk kita

Maksudnya, setiap situasi yang terjadi adalah untuk kita memperbaiki diri.

Untuk kita menilai dan mencermin diri kita menjadi lebih bersedia menghadapi cabaran yang lebih sukar.

Untuk menjadi lebih kuat.

Untuk memperbaiki hubungan kita dengan orang lain.

Memang sukar difahami.

Kerana kehidupan itu bukan hanya garis lurus. Penuh dengan warna dan liku-liku.

Jadi..


Adakah hidup itu satu perlumbaan yang perlu anda menangi?

Ianya terpulang kepada anda..

Jika anda rasa ianya satu perlumbaan, jangan menang seorang.

Bantu mereka yang lain untuk menang bersama anda.

__
Artikel ini diinspirasikan oleh MrHanafi : Cabaran Tulis Blog 30 Minit Untuk 300 Perkataan. 

Adakah saya berjaya dalam cabaran ini?