Tahun baru biasanya menjadi symbol bagi satu permulaan yang baru.
Kononnya 365 muka surat sudah berlalu dan tiba masanya untuk membuka buku baru bermula dengan muka surat pertama yang memberi maksud hari pertama dalam tahun baru.
Menurut Doktor psikologi, Dr John Narcoss dari Universtiy Scranton Penysvilla, hampir 44% mereka yang mempunyai azam tahun baru berjaya mencapainya dalam masa 6 bulan !
Adakah anda salah satu daripada 44% itu?
Namun Dr John mengatakan bahawa mereka yang benar-benar berjaya adalah mereka yang mencatat azam baru mereka dengan teliti.
Sebelum kita mengetahui cara untuk berjaya melengkapkan azam baru, samaada azam untuk kurus atau azam kumpul duit kahwin kali ketiga, mari kita tengok apakah penyebab kegagalan bagi melengkapkan azam-azam baru kita.
1 | Anda cuba menang perlumbaan marathon dengan berlari seperti 100 meter.
Kesabaran itu penting.
Kebanyakan dari kita mahu cepat. Hari ni pergi gym, harap besok badan dah sado.
Bak kata Sammy Vellu, "hari ini hantar. semalam sampai !"
Sebab tu la juga banyak produk kecantikkan laku keras kerana menjanjikan pelanggan mereka dengan nilai “urgency” seperti
2 | Banyak fikir, banyak cakap tapi tiada perlaksanaan.
Untuk memulakan sesuatu memang perlu perancangan tapi kalau dari muka surat pertama buku tahun baru sampai habis 365 muka surat masih merancang, langsung tak buat, asyik-asyik besok la memang tak menjadi.
Esoknya jadi minggu depan,minggu depan jadi bulan depan, bulan depan jadi tahun depan.
Sebab tu la juga banyak produk kecantikkan laku keras kerana menjanjikan pelanggan mereka dengan nilai “urgency” seperti
- Kesan secepat 2 hari.
- Calit-calit dah cantik
- Kunyah-kunyah dah putih
2 | Banyak fikir, banyak cakap tapi tiada perlaksanaan.
Untuk memulakan sesuatu memang perlu perancangan tapi kalau dari muka surat pertama buku tahun baru sampai habis 365 muka surat masih merancang, langsung tak buat, asyik-asyik besok la memang tak menjadi.
Esoknya jadi minggu depan,minggu depan jadi bulan depan, bulan depan jadi tahun depan.
Dari 2018 hingga 2019 hingga wawasan 2020. Sampai la TN50.
Dalam konteks barat, mereka panggil ni sebagai “Analysis Paralysis” yang merujuk kepada mereka yang merancang dan analis sesuatu perkara terlalu lama sehingga tidak memulakan apa-apa perbuatan selain merancang.
3 | Tidak membuat catatan
Mempunyai rekod tentang mengenai kemajuan anda akan membantu anda mengekalkan sikap "Saya BOLEH melakukan ini".
Apa yang anda perlukan ialah buku nota dan pen.
Contohnya anda ingin bersenam untuk lebih sihat.
Untuk setiap latihan, rekod latihan yang anda lakukan, bilangan pengulangan yang dilakukan, dan berapa berat yang anda gunakan jika berkenaan.
Matlamat anda? Buat dengan lebih baik untuk minggu dan bulan seterusnya.
Memperbaiki prestasi terbaik anda secara tetap dan konsisten memberikan maklum balas positif yang akan mendorong anda untuk meneruskan.
4 | Tidak mendapat sokongan
Agak sukar untuk sentiasa bermotivasi apabila kita berseorangan.
Anda sebenarnya tidak berseorangan. Anda boleh dapatkan sokongan dengan membuat status di facebook atau join mana-mana komuniti mengikut minat anda sendiri.
Mungkin anda ingin memperbaiki masakan, mungkin boleh like mana-mana page masakkan , group facebook ataupun group whatsapp.
Atau boleh tengok blog resepi Kak Eny di EnyAbdullah.com
Mengikut pengalaman saya sendiri, dengan mempunyai sokongan dari kawan atau keluarga boleh meningkatkan motivasi dan konsistensi serta kemahiran.
Sebelum ni, artikel-artikel yang saya postkan di dedauncomel, memang kurang audience dan trafik, kalau trafik tinggi pun tak konsisten.
Selepas join komuniti blogger AFBdotMY, trafik blog ini meningkat 20%-40% setiap bulan dan agak konsisten.
5 | Tidak percaya dengan diri sendiri.
Kalau tak percaya dengan diri sendiri, siapa lagi yang nak percayakan anda?
Keyakinan itu penting. Tapi over-confident itu perlu dijauhkan. [ Click To Tweet ]Mungkin susah untuk percayakan diri sendiri setelah berulang kali menemui kegagalan.
Keraguan adakalanya sering bermain difikiran yang membataskan kemampuan sebenar yang ada dalam diri anda.
Salah satu cara untuk mengalahkan keraguan ialah percaya dengan diri sendiri.
Tiada orang peduli anda gagal 10 kali, 20 kali. Orang akan peduli bila anda sudah berjaya.
Tahun ini anda boleh cuba sekali lagi. Tetapi kali ini dengan lebih baik !
Sumber :
1. Norcross, J. C. (2013). Changeology: 5 steps to realizing your goals and resolutions.
2. Lifehack.com
Disusun dan diolah : dedauncomel.com