Kenapa Azam Tahun Baru Gagal?


azam baru tahun 2018. 2019, 2020


Apa khabar azam tahun lalu?

Tahun baru biasanya menjadi symbol bagi satu permulaan yang baru.

Kononnya 365 muka surat sudah berlalu dan tiba masanya untuk membuka buku baru bermula dengan muka surat pertama yang memberi maksud hari pertama dalam tahun baru.

Menurut Doktor psikologi, Dr John Narcoss dari Universtiy Scranton Penysvilla, hampir 44% mereka yang mempunyai azam tahun baru berjaya mencapainya dalam masa 6 bulan !

Adakah anda salah satu daripada 44% itu?

Namun Dr John mengatakan bahawa mereka yang benar-benar berjaya adalah mereka yang mencatat azam baru mereka dengan teliti.

Sebelum kita mengetahui cara untuk berjaya melengkapkan azam baru, samaada azam untuk kurus atau azam kumpul duit kahwin kali ketiga, mari kita tengok apakah penyebab kegagalan  bagi melengkapkan azam-azam baru kita.


1 | Anda cuba menang perlumbaan marathon dengan berlari seperti 100 meter.

Kesabaran itu penting.

Kebanyakan dari kita mahu cepat. Hari ni pergi gym, harap besok badan dah sado.

Bak kata Sammy Vellu, "hari ini hantar. semalam sampai !"

Sebab tu la juga banyak produk kecantikkan laku keras kerana menjanjikan pelanggan mereka dengan nilai “urgency” seperti
  1. Kesan secepat 2 hari.
  2. Calit-calit dah cantik
  3. Kunyah-kunyah dah putih
Ramai orang nak cepat dan senang walhal kejayaan itu perlukan kesabaran dan disiplin yang mantap.


2 |  Banyak fikir, banyak cakap tapi tiada perlaksanaan.

Untuk memulakan sesuatu memang perlu perancangan tapi kalau dari muka surat pertama buku tahun baru sampai habis 365 muka surat masih merancang, langsung tak buat, asyik-asyik besok la memang tak menjadi.

Esoknya jadi minggu depan,minggu depan jadi bulan depan, bulan depan jadi tahun depan.

 Dari 2018 hingga 2019 hingga wawasan 2020. Sampai la TN50.

Dalam konteks barat, mereka panggil ni sebagai “Analysis Paralysis” yang merujuk kepada mereka yang merancang dan analis sesuatu perkara terlalu lama sehingga tidak memulakan apa-apa perbuatan selain merancang.


3 | Tidak membuat catatan

nota, pen, azam baru tahun 2018. 2019, 2020

Mempunyai rekod tentang mengenai kemajuan anda akan membantu anda mengekalkan sikap "Saya BOLEH melakukan ini".


Apa yang anda perlukan ialah buku nota dan pen.

Contohnya anda ingin bersenam untuk lebih sihat.

Untuk setiap latihan, rekod latihan yang anda lakukan, bilangan pengulangan yang dilakukan, dan berapa berat yang anda gunakan jika berkenaan.

Matlamat anda? Buat dengan lebih baik untuk minggu dan bulan seterusnya.

Memperbaiki prestasi terbaik anda secara tetap dan konsisten memberikan maklum balas positif yang akan mendorong anda untuk meneruskan.


4 | Tidak mendapat sokongan

Agak sukar untuk sentiasa bermotivasi apabila kita berseorangan.

Anda sebenarnya tidak berseorangan. Anda boleh dapatkan sokongan dengan membuat status di facebook atau join mana-mana komuniti mengikut minat anda sendiri.

Mungkin anda ingin memperbaiki masakan, mungkin boleh like mana-mana page masakkan , group facebook ataupun group whatsapp.

Atau boleh tengok blog resepi Kak Eny di EnyAbdullah.com

Mengikut pengalaman saya sendiri, dengan mempunyai sokongan dari kawan atau keluarga boleh meningkatkan motivasi dan konsistensi serta kemahiran.

Sebelum ni, artikel-artikel yang saya postkan di dedauncomel, memang kurang audience dan trafik, kalau trafik tinggi pun tak konsisten.

Selepas join komuniti blogger AFBdotMY, trafik blog ini meningkat 20%-40% setiap bulan dan agak konsisten.

azam baru tahun 2018. 2019, 2020


5 | Tidak percaya dengan diri sendiri.

Kalau tak percaya dengan diri sendiri, siapa lagi yang nak percayakan anda?
Keyakinan itu penting. Tapi over-confident itu perlu dijauhkan.  [ Click To Tweet ]
Mungkin susah untuk percayakan diri sendiri setelah berulang kali menemui kegagalan.

Keraguan adakalanya sering bermain difikiran yang membataskan kemampuan sebenar yang ada dalam diri anda.

Salah satu cara untuk mengalahkan keraguan ialah percaya dengan diri sendiri.

Tiada orang peduli anda gagal 10 kali, 20 kali. Orang akan peduli bila anda sudah berjaya.

Tahun ini anda boleh cuba sekali lagi. Tetapi kali ini dengan lebih baik !


Sumber :
1. Norcross, J. C. (2013). Changeology: 5 steps to realizing your goals and resolutions.
2. Lifehack.com

Disusun dan diolah : dedauncomel.com

Cerita Disebalik Semicolon Project

Apa Itu Projek semicoloon
Guyana.

Mungkin ramai antara kita tidak pernah mendengar nama negara Guyana ini.

Negara ini namun ia merupakan negara yang mempunyai kadar bunuh diri tertinggi di dunia

Kes bunuh diri paling popular di Guyana adalah pembunuhan diri beramai-ramai pada tahun 1978 di mana 900 ahli Kuil Rakyat Jim Jones telah mengambil nyawa mereka sendiri, namun ada dakwaan ia merupakan pembunuhan beramai-ramai.

Selain daripada kemurungan, kes rogol, kemiskinan, penyakit kronik, tak berpendidikan, pengangguran, peperangan, masalah sosial dan sakit mental, sebab utama yang membuatkan kadar bunuh diri melonjak naik dan buatkan anda terkejut, adalah perbuatan sihir.

Dikatakan kes di Guyana terlalu banyak sehinggakan ia dikatakan rakyat negara ini mati sebab bunuh diri seperti lalat.

Manakala Jepun merupakan negara yang mempunyai kadar bunuh diri kedua tertinggi di dunia.

Faktor utama kadar bunuh diri yang tinggi di Jepun adalah disebabkan oleh tekanan ekonomi yang menyebabkan pengangguran dan juga tekanan sosial.

Sumber : Iluminasi : 10 Negara Dengan Kadar Bunuh Diri Tertinggi di Dunia



Bagaimana dengan kadar bunuh diri di Malaysia?

Walaupun kadar bunuh diri di Malaysia masih rendah berbanding negara lain, namun kadar bunuh diri di negara kita masih di tahap membimbangkan.

Dianggarkan 6 hingga 8 orang bagi setiap 100 000 rakyat Malaysia membunuh diri atau lebih kurang 7 kes sehari.

Menurut Presiden Psikatri Malaysia (MPA) , Prof Nor Zuraida Zainal berkata angka tersebut menyaksikan lebih 2 000 rakyat Malaysia mati kerana bunuh diri setiap tahun !

Sumber : Utusan Borneo


 Cerita Di Sebalik Semicolon Project

Projek Semicolon diasaskan oleh Amy Bleuel pada tahun 2013, sebagai penghormatan kepada bapanya, yang meninggal dunia akibat bunuh diri pada tahun 2003.

Semicolon dijadikan sebagai simbol harapan dan kasih sayang bagi mereka yang berjuang untuk meneruskan kehidupan mereka.

Projek ini dimulakan dengan melukis tanda semicolon pada pergelangan tangan mereka sebagai tanda sokongan bagi menyebarkan kesedaran kepada orang ramai.


Kenapa Semicolon?


Dalam penulisan, semikolon digunakan apabila penulis memilih untuk tidak menamatkan ayat.
Anda adalah pengarang dan perkataan adalah hidup anda ; lalu anda memilih untuk meneruskan hidup anda. - Amy Bleuel

Amy telah memberi inspirasi kepada berjuta-juta orang dengan projek ini.

Antara isi utama Semicolon Project ini ialah berkaitan dan berunsurkan harapan (hope)

Mereka yang menghadapi kemurungan, setiap dari mereka merasakan perasaan kesunyian dan kehilangan harapan.

Misi utama adalah untuk menimbulkan kesedaran tentang kita bukan berseorangan dalam dunia ini dan kita tidak perlu malu dengan keadaan mental kita yang alami.

Cuma kadang-kadang, kita perlu meminta bantuan dengan orang yang betul dan boleh dipercayai kerana tidak semua orang memahami mereka yang dalam kemurungan. 


Pandangan orang ramai tentang bunuh diri

Antara pandangan orang ramai yang selalu Dedaun Comel nampak bila ada kes orang bunuh diri ialah

  1. Pengecut. Ambil cara mudah untuk bunuh diri sebab nak elak masalah.
  2. Tak kuat iman. Tu la kena mendalami agama.
  3. Masuk neraka la kau (sambil ketawa)
  4. Tu la.. Tak redah dengan takdir tuhan
  5. Kalau aku tempat dia, aku.. ( isi tempat kosong)
Bila kita hidup dalam kesenangan, tidak semua orang lain hidup senang seperti anda. 

Tidak semua orang ada didikan seperti kita. Pintar empati itu lebih penting daripada pintar berkata-kata.

Jika lebih ramai yang cuba untuk mempunyai sikap empati dan memahami, mungkin dunia ini akan menjadi lebih baik.


Semicolon Project
sumber : @sharkhzhar @twitter


Penterjemahan :

Jangan pernah suruh mereka yang menderita kemurungan untuk merawat kemurungan mereka hanya dengan membaca Al-Quran.

Apabila sesorang yang mengalami patah kaki, anda tidak menyuruh mereka untuk membaca Al-Quran tanpa berjumpa dengan doktor kan?

Kenapa kita lakukan sebegini kepada meraka yang mengalami kemurungan dalam komuniti kita?



Mari saya ceritakan kisah tentang kehidupan awal pengasas Project Semi Colon, Amy Bluel

Bleuel mengalami kecederaan fizikal oleh ibu tirinya.

Pada usia 8 tahun, dia telah dibawa ke jagaan negara oleh perkhidmatan perlindungan kanak-kanak.

Bleuel mula melukakan dirinya sendiri dan cuba membunuh dirinya selepas dia didera secara seksual pada usia 10 tahun dan dirogol di 13 tahun.

Pada usia 18 tahun, bapa Bleuel mati akibat membunuh diri.

Pada usia awal di kolej, Bleuel telah dirogol dua kali dan mengalami keguguran.

Sumber : Interview with Amy Bleuel, Founder of Project Semicolon 


Projek Semikolon ditubuhkan dengan definasi berdedikasi untuk menunjukkan harapan dan kasih sayang bagi mereka yang berjuang dengan penyakit mental, bunuh diri dan kecederaan diri dan wujud untuk menggalakkan, mengasihi dan menginspirasi.


Gagal Cabaran 300 Patah Perkataan Dalam 30 minit


Cabaran 300 Patah Perkataan Dalam 30 Minit

Baru-baru ni saya ada menyahut cabaran 300 patah perkataan dalam 30 minit.

Baca juga :  Cabaran 300 Patah Perkataan Dalam 30 minit

Gagal. 

Walaupun saya berjaya untuk menulis 320 patah perkataan dalam 30 minit, apabila dibaca balik, banyak typo dan ayat tidak tersusun.

Edit-edit lebih kurang 45 minit juga siap dan di-publish keesokkannya.


Sebab Gagal Cabaran 300 Patah Perkataan Dalam 30 minit?

Saya seorang yang sangat teliti/  perfectionist.

1 | Mudah terganggu

2 |  Terlalu bergantung dengan sumber

3 | Keinginan untuk selitkan kajian, kata-kata inspirasi, link sumber


Apa yang saya pelajari dari cabaran ini?


1 | Kurangkan ganguan dari sosial media dan notifikasi telefon

2 | Banyakkan lagi pembacaan

3| Banyakkan menulis/latihan

4 | KISS

Ianya akromim dari perkataan. Keep It Short and Simple.

Dan ianya pertama kali saya nampak dari status Facebook MrHanafi.


Ramai juga dalam kalangan blogger yang saya tanya mampu menulis 300 patah perkataan dalam masa 30 minit dengan mudah.

Ada juga mengatakan artikel 300 patah perkataan kadang-kadang boleh sampai 2-3 hari untuk disiapkan.

Bergantung dengan mood dan jenis artikel.


GAGAL MERANCANG, MERANCANG UNTUK GAGAL.

Adakah kegagalan itu hanya berpunca dari perancangan yang gagal?

Setiap orang perlu mengalami kegagalan.

Bukan Dedaun Comel harapkan anda gagal dalam kehidupan.

Realitinya, kegagalan itu memang pedih dan sakit.

Lagi-lagi kalau gagal dalam percintaan. Pedihnya bukan kepalang bila pasangan disailang.

Namun sakit itu memberi kita kekuatan untuk menghadapi kegagalan yang seterusnya, langkah demi langkah hingga menuju kegagalan.

Jangan cuba elakkan diri daripada gagal tapi hadapinya dengan berani demi memajukan diri selangkah lagi.

Sistem yang ada di dunia ni seperti di sekolah meraikan mereka yang berjaya dan menghukum mereka yang gagal.

Sehingga kebanyakkan apabila mereka keluar dari institusi pendidikan, mereka berhati-hati untuk tidak bergagal.


Ada sesuatu pepatah yang selalu membuatkan saya berfikir,
In school, you're taught a lesson and then given a test. In life, you're given a test that teaches you a lesson - Tom Bodett. [ Click To Tweet ]
Pepatah ini bermaksud,

Di sekolah, kita diajar dengan pelajaran dan diberikan ujian. Dalam kehidupan, kita diberikan ujian lalu kita belajar daripadanya.

Pelajaran sebenar bermula di luar bilik darjah.

Cabaran 300 Perkataan Dalam 30 Minit


cabaran-300-perkataa-30-minit


Cepat dan pantas.

Itu la cabaran yang kena kita tempuhi dalam kehidupan seharian.

Setiap hari persaingan semakin banyak. Mereka yang perlahan pastinya ketinggalan jauh kebelakang.

Dalam sehari, beribu-ribu orang memulakan perniagaan baru.

Dalam sehari, beribu-ribu produk yang kita boleh nampak di media sosial.

Namun, adakah hidup ini satu perlumbaan?

Jika benar ianya satu perlumbaan, tidak semua dari kita bermula di garisan permulaan yang sama.

Ada mereka yang dilahirkan dalam kehidupan yang mewah, ada juga mereka dilahirkan serba kekurangan.

Adakah adil untuk kita katakan hidup ini satu perlumbaan?

Setiap kejadian mungkin ada sebabnya.

Dan satu ayat yang sentiasa buat saya terfikir.
“ Hidup itu bukannya berlaku kepada kita, hidup itu berlaku untuk kita”
Kata-kata ini pertama kali saya dengar dari pelakon komedi kegemaran saya, Jim Carey

Seperti selebriti terkenal, Jim Carey melalui fasa kemurungan yang teruk.

Namun beliau berjaya bangkit dan memberi inspirasi kepada orang lain.

Pada mulanya untuk saya fahami kata-kata tersebut, namun ianya sebenarnya mempunyai maksud yang dalam dan bermakna bagi memahami maksud kehidupan.

Mungkin ada antara kita , termasuk Dedaun Comel, apabila kita menghadapi waktu yang sukar, kita sering tertanya soalan-soalan seperti ini.

Kenapa perkara ni selalu terjadi?
Malang betul nasib hari ini..
Hidup ni tak adil, orang lain hidupnya sempurna, ada pula yang hidup dalam kesusahan.

Hidup itu bukan terjadi kepada kita, tapi hidup itu terjadi untuk kita

Maksudnya, setiap situasi yang terjadi adalah untuk kita memperbaiki diri.

Untuk kita menilai dan mencermin diri kita menjadi lebih bersedia menghadapi cabaran yang lebih sukar.

Untuk menjadi lebih kuat.

Untuk memperbaiki hubungan kita dengan orang lain.

Memang sukar difahami.

Kerana kehidupan itu bukan hanya garis lurus. Penuh dengan warna dan liku-liku.

Jadi..


Adakah hidup itu satu perlumbaan yang perlu anda menangi?

Ianya terpulang kepada anda..

Jika anda rasa ianya satu perlumbaan, jangan menang seorang.

Bantu mereka yang lain untuk menang bersama anda.

__
Artikel ini diinspirasikan oleh MrHanafi : Cabaran Tulis Blog 30 Minit Untuk 300 Perkataan. 

Adakah saya berjaya dalam cabaran ini? 

Menang Segmen Suai Kenal Bloggers Seluruh Malaysia

Menang Segmen Blogger
Baby Win Meme

Alhamdulillah.

Segmen Suai Kenal Bloggers Seluruh Malaysia ni adalah yang pertama blog Dedaun Comel join sebagai blogger. Jadi memang tak sangka juga la dapat jadi antara yang menang.

Menang tempat ke berapa?

Tempat ke 4.

Walaupun menang tempat ke-4, tetap bersyukur.

Terima kasih kepada blogger dari Labuan, Sofinah Lamudin yang menganjurkan segmen ini.

Segmen ini antara segmen terbaik antara yang terbaik.

Motif segmen ni sangat jelas untuk merapatkan lagi hubungan antara blogger dan berkenalan antara satu sama lain. Memang best bila dapat berkenalan dengan mereka yang mempunyai minat yang sama, kan?

Hadiah-hadiah memang menarik. Hadiah tempat ke 4 pun memang terbaik apalagi hadiah tempat yang pertama kan?





Gambar tak terang sebab compressed. Kalau depan mata memang sangat cantik <3 


Nak tahu senarai pemenang dan hadiah lumayan pemenang pertama? 


Baca sini : Senarai Pemenang Segmen Suai Kenal Blogger Seluruh Malaysia


Terus-terang saya katakan, mereka yang tak sempat ikut segmen ni agak rugi sebab Cik Sofinah telah lukiskan 1 potret bagi setiap penyertaan untuk segmen ini.

Fareed Foo


Boleh tengok potret-potret yang beliau telah lukiskan di IG ni @sopheestudio ( klik )

Follow jangan tak follow.

Apa kata Sofinah tentang saya?

Fareed Foo selalu muncul kat facebook. Bukan kat facebook saya sahaja..malah di facebook orang lain juga dengan spam status orang dengan gaya tersendiri. 
Nak tahu apa?
 He has "WOW" syndrome.  
Wahaha. OK...korang tahu kan kalau nak like status facebook orang di handphone atau komputer, kalau nak cepat, memang akan just click on good sahaja. Emoji thumbs up warna biru tu kan. Then scroll down then klik lagi kat status orang lain. 
 So then, Fareed have a cute habit iaitu click and hold perkataan "Like" kat status orang and then,pilihan emoji akan pop-up then he will choose "WOW" oftenly. Sometimes, I do wondering is he really kagum on my status? Hahaha. 
Kadang-kadang dia "WOW" kat status tentang Chokey dan Ontot je pun. Kelakar la Fareed. Emoji tu dah jadi trademark kat Fareed. 
Selain tu, entri suai kenal Fareed ada bunga-bunga sastera juga. Siap ada ayat kiasan dan maksud tersirat sebelum dia memulakan sesi suai kenal.
Memang saya suka spam status orang di Facebook. Boleh la add saya di  @fb/fareedfoo

Harap cik Sofinah akan buat segmen lagi yang akan datang. Terima kasih atas hadiah. Hadiah telah selamat sampai ke telinga saya >.<

Earphone kan...

Anda Perlu 10,000 Jam Untuk Menjadi Hebat

Peraturan 10000 Jam, Cara Menjadi Hebat


Bagaimana perasaan anda jika menjadi antara yang terbaik di dunia dalam bidang yang anda minati?

Pada tahun 1993, tiga orang pakar bernama K. Anders Ericsson, Ralf Th. Krampe, dan Clemens Tesch Romer melakukan kajian di Berlin Academy of Music.

Mereka berusaha mencari jawapan bagaimana seseorang boleh menjadi hebat dan terbaik dalam sesuatu bidang.

Dengan bantuan seorang professor, mereka mengumpulkan pelajar tahun akhir dalam 3 kategori.
  1. calon guru musik, 
  2. calon pemusik profesional, 
  3. calon maestro/okestra muzik dunia. 

Pertanyaan mereka untuk pelajar tersebut ialah: Semua mahasiswa yang diterima dan belajar di akademi tersebut, pastilah orang-orang berbakat. 

Namun kenapakah akhirnya ‘hasil’ mereka berbeza? 

Ada yang sekadar menjadi pemuzik biasa, dan ada yang boleh menjadi pakar.

Bagi membolehkan jawapan kajian yang lebih tepat, mereka mengulangi kajian tersebut dengan model kategori yang sama. 

Bukan saja dalam bidang muzik, malah diulang berulang kali untuk kategori dan bidang yang berlainan seperti pemain catur dan olahragawan.

Akhirnya mereka menemukan kesimpulan yang luar biasa.

Kesimpulannya ialah mereka yang terbaik dalam bidang mereka adalah....

Mereka yang terbaik telah berlatih selama 10 000 jam !

Dan kini kesimpulan tersebut dikenali sebagai Peraturan 10 000 jam di seluruh di dunia.

Peraturan 10 000 jam ini telah dipopularkan oleh Malcolm Gladwell dalam buku The Outliers. 


Berapa lama 10 000 jam itu?


The Beatles, Cara Menjadi Hebat
The Beatles. Kredit : Spotify

Jika kita membelanjakan masa 3 jam sehari untuk berlatih, bermaksud kita perlukan 10 tahun bagi kita untuk menjadi seorang pakar.

Dalam bukunya itu, Gladwell mengulas The Beatles, band popular sebagai contoh sederhana yang membuktikan ‘kebenaran’ peraturan 10.000 jam.

Ternyata, The Beatles memerlukan 10 tahun untuk berjaya setelah kumpulan itu ditubuhkan pada 1957.


Anda kenal Bill Gates?

Bill Gates, Cara Menjadi Hebat
Kredit Gambar : Entreprenuer

Contoh kedua ialah Bills Gates.

Pada umur 13 tahun, Bill Gates, yang mulai membuat program komputer di tahun 1968. Pada usia 20 tahun, dia mendirikan Microsof yang tidak lama kemudian dipercaya sebuah sebuah syarikat gergasi pada ketika itu.

Kenapa tidak 10 tahun?

Karena Bill Gates melaburkan masa untuk berlatih lebih dari 3 jam sehari.

Di dalam autobiografinya ditulis, dia berlatih 7-8 jam sehari, bahkan sehingga tertidur di makmal komputer.

Namun pada usianya baru 20 tahun, dia sudah berlatih melebih dari 10.000 jam.


Pengkaji dan penulis buku lain tidak bersetuju !

Terdapat beberapa kajian dan pakar lain tidak bersetuju dengan Peratuan 10000 Jam.

Soalan yang sering dikemukakan oleh mereka adalah :


Mereka yang bekerja sebagai cikgu atau pengajar yang mempunyai pengalaman berbelas tahun kenapa masih membuat pelajar tertidur setiap kali kelas?


Mungkin mereka terlepas pandang antara aspek penting dalam Peraturan 10 000 Jam ialah deliberate practice
Peningkatan dalam latihan
Mereka yang tidak maju dalam bidang mereka walaupun telah melakukan perkara itu selama berbelas tahun sebenarnya melakukan perkara yang sama setiap hari tanpa memperbaiki kemahiran mereka.

Antara aspek yang penting dalam deliberate practice adalah :
  1. Menerima feedback dengan terbuka
  2. Menjadikan tugasan lebih mencabar
  3. Konsisten  meningkatkan kemahiran

Penulis buku 20 Hours Rule, Josh Kaufman kurang bersetuju dengan Peraturan 10000 Jam. Beliau mengatakan bahawa sesorang hanya memerlukan masa sebanyak 20 jam untuk mahir dalam sesuatu bidang.

Mahir dan menjadi antara yang terbaik merupakan perkara yang berbeza.

Penulis buku Tim Feriss pula mengatakan anda cuma perlu beberapa jam seminggu untuk menjadi lebih berjaya dalam bukunya 4 Hour WorkWeek.


Antara yang menarik tentang buku ini ialah Tim Feriss menyatakan sebahagian mereka yang mempunyai pendapatan yang banyak setiap tahun tidak semestinya kaya dan berjaya kerana masa yang mereka ada untuk keluarga atau berehat kadangnya sangat terhad.

Mereka yang benar-benar kaya bukanlah mereka yang mempunyai banyak duit, kekayaan yang sebenar adalah mereka yang pandai menguruskan masa dengan berkesan .

Baca juga :  Menjadi Magnet Kekayaan

Dalam buku beliau juga ada menceritakan bagaimana untuk menjimatkan masa dan mengandakan kewangan dengan cara outsourcing. 

Berhenti Bandingkan Diri Dengan Orang Lain

Berhenti Bandingkan Diri Dengan Orang Lain


Jangan bandingkan diri anda dengan orang lain.

Adakah kehidupan ini satu perlumbaan?

Dunia ini satu perjalanan namun bukan perlumbaan. Berhenti melihat di mana kedudukan orang lain dan fokus apa yang penting kepada diri anda sekarang.

Mungkin tanpa anda sedari, anda pernah bandingkan diri anda dengan orang lain dengan berkata,
  1. " Kenapa orang tu lagi berjaya dari aku? "
  2. " Orang tu hensem/cantik/sado dari aku? "
  3. " Untunglah, dia tu anak orang kaya. Belum lahir dah ada Iphone xx "

Antara punca kita seringkali membandingkan diri dengan orang lain :



1 | Media Sosial

Selalu kita nampak, orang upload gambar dekat facebook/instagram, gambar mereka melancong, makan sedap-sedap, gambar rumah dan kereta.

Bagi sesetengah orang, ia membuat mereka merasa rendah diri dan ada pula yang rasa tercabar.

Dan bermula la up status 

“ Tak payah la nak menunjuk, semua tu dunia bukan boleh bawa mati” 

" Macamana pun hebat kereta kita, nanti kita saiz kubur kita lebih kurang sama ..”

Walhal dalam hati, dengki/cemburu

Apa pun, sentiasa bersabar, jangan terlalu bandingkan diri dengan orang lain. Setiap orang pasti berbeza dari segi kemampuan dan kerja keras.

Sekiranya anda rasa anda semakin membandingkan diri anda kerana sebab ini, langkah yang bijak adalah untuk mengurangkan masa yang anda luangkan dengan sosial media


2| Kurang keyakinan

Ada masanya kita rasa kita kurang berbanding orang lain, kurang yakin dengan kelebihan yang kita ada.

Maka perkara yang paling mudah dilakukan ialah menyalahkan takdir. 

Namun perkara yang jarang-jarang dibuat ialah bersyukur.

Salah satu cara yang baik ialah sentiasa bersyukur dengan nikmat yang diberi. Fokus kepada kelebihan yang anda ada berbanding kekurangan yang ada.

Tumpukan perhatian kepada benda positif dan perkara positif akan datang kepada anda.


Sebab utama anda perlu berhenti bandingkan diri anda dengan orang lain


1 | Sentiasa berasa kurang

Bila membandingkan diri dengan orang lain, fokus akan memihak kepada kekurangan yang ada pada diri kita. Dalam kehidupan kita pasti ada yang lebih daripada anda.

Secara tidak sedar, menyebabkan anda tidak pernah puas dan kurang yakin dengan kelebihan yang anda ada.


2 | Sentiasa berasa lebih

Kadang-kadang kita bukan saja membandingkan diri dengan orang yang lebih berjaya dari kita tapi membandingkan orang yang gagal berbanding dengan diri kita.

Kita merasakan kita hebat sangat berbanding orang lain. Maka lahir la rasa ego dan riak yang tinggi.

Sehingga ada yang memandang rendah kepada mereka yang tidak berpelajaran dan bergaji kecil.

Dan baru-baru ni, ada orang viral kerana berbangga memiliki 6 buah rumah dengan gaji RM 2500. Yang menambah tak sedapnya, beliau merendahkan orang lain yang tidak berjaya memiliki rumah dengan alasan terlalu manja.

Setiap orang berbeza perjalanan dalam hidup ini kan? 


3 | Masalah mental

Sebuah kajian yang ditulis oleh Stephen R Swallow dan Nicholas A Kuiper di Clinical Psychology Review mendapati bahawa membandingkan diri sendiri dan orang lain menyebabkan kemurungan

Dalam kajian yang lain dibuat di Elsevier oleh Jennifer Dunn, Nicole E Ruedy, dan Maurice E Schweitzer juga mendapati ianya boleh menyebabkan anda susah mempercayai orang lain dan orang lain susah mempercayai anda.


Apabila kita terlalu fokus dengan orang lain, kita tidak ada masa untuk fokus dengan diri kita.

Janganlah menjadi seseorang yang tidak percaya pada kemampuan diri sendiri. Sebab, setiap orang memiliki kelebihan dan kelemahannya masing-masing.

Tanpa anda sedari anda sebenarnya lebih baik Namun, jangan lupa bahawa di luar sana ada banyak orang dengan situasi atau keadaan yang lebih buruk daripada anda.

Maka, bersyukurlah.

Kerana  dengan bersyukur, rezeki akan lebih murah. 

Antara perkara yang sukar untuk dalam hidup ini adalah..
Mencapai kebahagian
Lebih-lebih lagi bila kita mula membandingkan diri kita dengan orang lain. Kebahagian akan tertangguh selagi kita membandingkan diri kita dengan orang lain.


Mungkin ada yang tidak bersetuju dengan saya dan mengatakan, dunia ni penuh persaingan, kalau tak bandingkan dengan orang lain, macamana nak berjaya?

Saya percaya, orang yang anda perlu bandingkan dengan anda ialah diri anda yang semalam.

Dan tanya diri anda hari ini,

Adakah saya melakukan yang terbaik hari ini, berbanding dengan diri saya semalam?

Malas : Penyakit Keturunan dan Genetik?

genetik-malas


Anda pernah berjanji kepada diri anda untuk siapkan sesuatu kerja tu keesokkan harinya?

Contohnya seperti bersenam, belajar ataupun mengemas rumah.

Dan bila hari esok tiba, anda akan kata lagi, “Besok la baru buat.”


Pernahkah anda terfikir kenapa sesetengah orang rajin bekerja dan sesetengah orang kuat merungut tentang kerja mereka?

Kenapa sesetengah orang berjaya dan sesetengah orang kurang berjaya?


Mungkin anda boleh salahkan genetik anda !

Cuba baca kajian yang dilakukan oleh penyelidik di Universiti Missourri.

Kajian di University of Missouri membiakkan jenis tikus berdasarkan genetik yang sangat aktif dan sangat malas.

Sumber : Couch Potatoes May Be Genetically Predisposed to Being Lazy, MU Study 


Booth dan pasukannya meletakkan tikus dalam kandang dengan roda berputar untuk mengukur seberapa aktif tikus tersebut dalam jangka masa enam bulan.

Selepas itu, penyelidik mengasingkan tikus yang paling aktif dengan tikus yang paling malas untuk diperkembangkan generasi mereka

Keputusannya, selepas 10 generasi, tikus yang paling aktif mempunyai kecenderungan untuk lebih aktif berbanding dengan keturunan tikus pemalas.

Penyelidik menemui perbezaan genetik pada tikus yang diperoleh dari kedua-dua keturunan.

Penyelidik juga mendapati adanya perbezaan mitokondria pada sel otot, serta RNA dalam genetik tikus tersebut.

Terdapat sekurang-kurangnya 17,000 gen di bahagian otak yang berlainan. Sementara itu, terdapat 36 gen berbeza yang berkaitan dengan motivasi aktiviti fizikal.

Kajian ini diterbitkan dalam AJP - Regulatory, Integrative and Comparative Physiology.

"Penyelidikan ini menunjukkan bahawa mungkin saja kecenderungan untuk malas terbawa dalam gen. Hal ini tentu langkah penting untuk mengetahui penyebab obesiti pada manusia," kata penyelidik Frank Booth, seperti disiarkan oleh NY Daily News (09/04).


Anda mesti terfikir, itukan tikus bukannya manusia.

Walaupun begitu, penyelidik beranggapan bahawa genetik boleh memainkan peranan penting terhadap motivasi dan keaktifan manusia. 

Sel otak dan reaksi kimia seperti Serotonin, Dopamine & Endorphin dari aktiviti seharian haiwan seperti tikus adalah hampir serupa dengan yang ada pada manusia.


Jika anda rasa malas merupakan sebahagian dari genetik anda, anda boleh jadikan ianya sebagai alasan ataupun ...

anda boleh bangkit dan melawan genetik dan kemalasan anda.

Pilihan anda.

Saya faham bukan mudah untuk menghilangkan rasa malas bagi sesetengah orang, sekiranya berjaya, pasti merasa nikmatnya kejayaan.

Baca juga : 3 Cara Untuk Gagal Dalam Setiap Perkara


Persoalannya, boleh kita melawan genetik kemalasan dan takdir?

Satu kajian mengesahkan amalan seperti meditasi, senaman dan pernafasan dalam yoga boleh mengubah masalah gen berkaitan tekanan yang mengundang pelbagai masalah kesihatan yang lain.

Ini bermakna anda mungkin bebas atau dapat merendahkan tahap tekanan selama-lamanya.

Kajian tersebut melibatkan 846 responden, menilai kesan biologi terhadap amalan yoga (senaman, meditasi, pernafasan), Qi gong dan Tai Chi mendedahkan satu penemuan yang mengejutkan.

Ketua penyelidik, Ivana Buric, seorang pelajar kedoktoran Universiti Coventry di England dan pasukannya terkejut melihat betapa amalan badan dan minda memberi kesan yang sama kepada tahap genetik.

“Meditasi dan senaman adalah 2 perkara berbeza tetapi apabila diamalkan selalu, ia memberi kesan sama terhadap tahap kesihatan,” katanya.

Sumber : Kajian mengesahkan yoga mampu ubah genetik, FMT.

Baca juga : Meditasi dan Manfaat Meditasi Kepada Diri dan Orang Lain
Bukan senang nak jadi senang dan bukan susah nak jadi susah.

Faedah Yang Anda Dapat Dengan Amalan Berjimat Cermat


Faedah Berjimat Cermat, berjimat cermat amalan mulia


Faedah Yang Anda Dapat Dengan Amalan Berjimat Cermat | Dengan mengamalkan sikap berjimat cermat, persediaan untuk menghadapi masa depan yang lebih baik perlu dengan mempunyai sumber kewangan mencukupi.

Kita tidak mampu meramal masa depan, kita kena bersedia dari segi mental dan fizikal serta tidak lupa juga dari segi kewangan.

Jika anda mempunyai kebolehan untuk meramal masa depan, tahniah untuk anda.


Pernahkah anda meminta untuk masa depan yang buntu tanpa duit wang ringgit?

Sudah tentu tidak.

Begitu juga dengan saya.

Walau bagaimana pun, malang tidak berbau.


Kalau malang itu berbau, sudah tentu kita cuba elakkan sebaik saja bau itu terhidu dari jauh.

Banyak faedah dan kebaikannya untuk anda jika amalkan sikap berjimat-cermat.

Antaranya :


1 | Persediaan dan bekalan masa depan.



Duit bukan segalanya tapi segalanya perlukan duit. Duit tak boleh bawa mati tapi bila takda duit rasa nak mati.

Mati pun perlukan duit.

Sebab tu kena ada duit lebih untuk menghadapi situasi yang tidak diduga.

Contoh situasi yang tidak diduga ialah kereta rosak. Bila tiada duit nak baiki, macamana nak pergi kerja untuk dapat duit gaji.

“Uber/Grab kan ada. “

Uber/Grab pun bayar guna duit. Kecuali hari-hari dapat free Promo.

Situasi lain yang tidak diduga ialah dari segi kesihatan.

Itu la penting bagi kita untuk mengamalkan gaya hidup yang sihat. Antara masalah yang sering dihadapi oleh rakyat Malaysia ialah obesiti.
Obesiti kini menjadi masalah kesihatan serius kepada Malaysia. Menurut Menteri Kesihatan baru-baru ini, setakat ini 8.5 juta penduduk Malaysia mengalami masalah berat badan berlebihan dengan 4.4 juta daripada mereka adalah obes atau berat berlebihan yang melampau.- Harian Metro (21 April 2017)
Untuk tampung kos rawatan kena ada duit.

Terdapat kira-kira tiga juta rakyat Malaysia yang mengalami lebihan berat badan dan bilangannya semakin meningkat dalam situasi di mana kira-kira lima juta individu menderita mengalami pelbagai peringkat penyakit kencing manis.

Baca juga : Menurunkan Berat Badan Dengan Sihat

Untuk berjimat dalam jangka masa panjang, kena la jaga kesihatan setiap masa.


Faedah Berjimat Cermat, berjimat cermat amalan mulia


2 |  Lebih banyak produk dan servis berkualiti dan murah

Apa kaitan berjimat-cermat dengan kualiti murah produk dan servis? 

Kaitannya ialah..

Kalau la semua orang amalkan sikap jimat cermat (kalau), penguna akan lebih berwaspada untuk membeli barangan dan servis.

Penguna akan mengelak membeli yang bukan keperluan mereka. Mereka akan cuba minimumkan berbelanjaan mereka. Maka terlahir la penguna yang bijak.

Lalu berlumba-lumba pengeluar untuk mengeluarkan produk berkualiti serta murah bagi meningkatkan penjualan.

Logik kan?

Ianya tidak mustahil cuma susah sikit kerana kita sebagai penguna adakalanya membeli berbekalkan nafsu serakah.


3 | Melatih diri lebih disiplin

Pernah dengar tentang eksperimen marshmallow?

Eksperimen ini dikatakan bermula pada sekitar 1960-an.

Beberapa kanak-kanak berusia antara 4 hingga 6 tahun diasingkan dan diletakkan satu mashmallow atas meja di hadapan mereka.

Mereka diberitahu bahawa mereka boleh memakan marshmallow tersebut pada masa itu tapi sekiranya mereka menunggu selama 15 minit dan tidak memakan marshmallow itu, mereka diberi tambahan satu lagi marshmallow.

Faedah Berjimat Cermat, berjimat cermat amalan mulia
Sumber gambar : HelloKids.com

Universiti Standford yang menjalankan ekperimen ini kepada 600 kanak mendapati..

  1. Ada beberapa kanak-kanak yang memakan marshamallow pada masa yang berbeza kerana tidak dapat menahan diri selama 15 minit.
  2. Cuma sebahagian kecil dari kanak-kanak itu berjaya menahan diri daripada marshamallow itu dan diberikan satu lagi marshmallow, oreo atau pun pretzel.

Selepas beberapa tahun, hasilnya mengejutkan !

Didapati kanak-kanak yang berjaya menahan selama 15 minit dalam eksperimen tersebut mempunyai prestasi lebih baik dari segi akademik dan membuat keputusan berbanding mereka yang tidak berjaya menahan diri dalam 15 minit tersebut.

Sumber : Daily Mail. Marshmallow test - how resisting a sweet can lead to a better life


Apa peribahasa yang sesuai dengan eksperimen ini?

Bersusah –susah dahulu, bersenang-senang kemudian.

Begitu juga la kita, jika kita dapat menahan nafsu serakah dari membeli barang-barang mewah, kita tak perlulah bersusah-susah kemudian.

Nanti 2 minggu sebelum gaji, makan maggi tiap-tiap hari. 

Tapi kalau mampu untuk beli barang-barang mewah, tidak mengapa. Beli ikut kemampuan diri sendiri, ukur baju di badan sendiri.


4 | Mengelakkan masalah rumah tangga

Memang indah kalau suami isteri sanggup mengharungi susah senang bersama. Orang kata duit itu tidak menjamin kebahagian rumah tangga.

Betul ke?

Menurut Rela Ahmad, Exco Pembangunan Wanita, faktor utama penceraian ialah masalah kewangan.

"Setiap hari ada pasangan yang bercerai. Rata-ratanya sudah berkahwin selama lima hingga 10 tahun. Mereka memberi alasan masalah ekonomi sebagai punca mereka bercerai," kata beliau.

Kerana kedudukan ekonomi yang tidak stabil, pasangan berkahwin menghadapi kesukaran sehingga membawa kepada tekanan terutama kepada pihak suami untuk menyara hidup keluarga mereka.

Pasangan berkahwin juga perlu pintar untuk mengurus soal kewangan dan tidak memilih perceraian bagi menyelesaikan masalah yang dihadapi.


Sumber : Sinar Harian. Masalah kewangan punca utama penceraian. 

Berbagai permasalahan akan timbul apabila berlakunya perceraian di antara suami dan isteri. 

Namun begitu, apa yang terkesan sekali ialah anak yang sedang membesar. Bagaimana anak yang masih mentah hendak menghadapi situasi keluarga yang pincang di usianya masih belum mengenal erti kehidupan?

Sebagai ibu bapa juga perlulah berjimat cermat agar dapat memberikan pendidikan dan kasih sayang yang secukupnya untuk anak yang tercinta.

Bukan mudah untuk mendidik anak agar menjadi anak yang baik. Tanggungjawab ibu bapa memang mencabar, lebih-lebih lagi anakk mereka yang dalam generasi millenial ini.

Sebenarnya, untuk menghasilkan anak yang pintar, terdapat beberapa teknik dan formula yang boleh digunakan, ia sebenarnya bermula dari sejak anak tersebut di dalam kandungan lagi. 

Setiap ibu bapa pasti ingin anak mereka pintar dan cerdas.

Yalah. Mana ada ibu bapa yang nak anak mereka yang ikut perangai iblis kan?

Zaman sudah berubah, dulu anak-anak yang berumur 4-6 tahun, banyak bermain nyorok-nyorok, kejar-kejar, cakar ayam, teng-teng dan sebagainya.. tetapi kini, anak-anak yang berumur 3 tahun pun sudah ada ipad/tablet sendiri.


Kesimpulannya

Amalan jimat cermat amalan mulia

Sekiranya kita mengamalkan sikap berjimat cermat, yang pasti ia sangat menguntungkan diri sendiri dan juga orang lain  di sekeliling kita.

Memang banyak faedah berjimat-cermat, tapi boleh tak anda senaraikan faedah dan kebaikan amalan boros dan membazir?

Baca juga : Cara Berjimat Ringkas Dan Mudah

Faedah Berjimat Cermat, berjimat cermat amalan mulia

Cara Berjimat Yang Ringkas Dan Mudah


Cara Berjimat Yang Ringkas Dan Mudah | Kadang-kala perkara yang paling susah untuk dibuat ialah dengan memulakan sesuatu.

Dengan melakukan sedikit perubahan dalam hidup anda, pasti boleh menjadikan masa hadapan anda yang lebih selesa

Bermula dengan perlahan dan lakukan secara konsisten adalah berganda-ganda lebih baik berbanding bermula dengan rakus dan tidak konsisten.

Berikut merupakan langkah Dedaun Comel menyimpan duit secara ringkas dan mudah.


1 | Tetapkan matlamat 


Menetapkan matlamat untuk diri anda adalah cara untuk mencapainya. Ianya memberi motivasi dan inspirasi untuk anda terus menyimpan duit.

Tanya diri anda.

Kenapa anda perlu simpan duit?

Apa tujuan anda menyimpan duit?


Kita ada sebab tersendiri untuk menyimpan duit. Antaranya mungkin..

  1. Kahwin
  2. Bawa ibu bapa menunai umrah atau haji

Apa pun niat anda, pastikan jangan bertujuan untuk menunjuk dan riak.

Bila sudah tetapkan matlamat, biar matlamat tu anda sentiasa nampak dengan jelas. Contoh kalau nak kahwin, simpan la gambar pasangan anda di dompet. 

Kalau nak bawa ibu bapa tunai umrah/haji, letak gambar ibu bapa kat dompet.

Setiap kali  keluarkan dompet untuk berbelanja, tatap gambar kat dompet tu dan bayangkan kegembiraan terpancar dari wajah ibu bapa yang dapat menunaikan umrah/haji.

Atau bayangkan kebahagiaan di wajah anda bila dapat berkahwin dengan perempuan idaman sebelum disailang orang lain.


2 | Rekod perbelanjaan.

Cara seterusnya untuk menyimpan wang ialah dengan menyedari berapa banyak perbelanjaan yang kita simpan.

Kita tahu secara teorinya untuk menyimpan duit ialah jangan berbelanja melebihi pendapatan dan simpan lebihan duit tersebut.

Tapi kenapa masih ramai yang belum habis bulan dah habis duit?

Tahu saja tidak cukup. Oleh itu, kita kena sedar bila duit keluar dan bila duit masuk.

Setelah anda tahu di mana wang anda terbang melayang, anda boleh kategorikan pengeluaran duit anda seperti kemahuan atau keperluan dan tahap kepentingan setiap transaksi.


3 | Teknik bayar diri

Setelah sebulan menunggu gaji, penting untuk membayar diri anda dahulu sebelum anda bayar bil-bil lain seperti bil api, bil telefon dan yang lain.

Bayaran untuk diri anda ni adalah untuk simpanan masa depan. Biasanya ramai yang mengalakkan anda harus menyimpan 10% dari gaji sebelum melakukan pembayaran yang sepatutnya.

Kalau 10% dari gaji tak termampu, boleh la simpan yang semampu mungkin.

Mindset yang salah selalu saya dengar ialah beli la barang tu, sementara masih ada duit gaji. Nanti duit tiada, mana dapat beli lagi..

Bila tiap-tiap bulan ulang perkataan sama, ianya jadi kebiasaan dan sukar untuk mengubah mindset yang macam ni..

Mindset yang sepatutnya ialah simpan la duit sementara masih ada duit. Nanti duit tiada, mana dapat simpan lagi. Kan?

Anda juga boleh lakukan ni secara automatik.

Mungkin ramai yang tidak tahu bahawa Maybank menyediakan kemudahan untuk penggunanya menyimpan wang secara potongan bulanan yang ditetapkan secara online.

Menarik bukan? Ibarat bermain ‘kutu’ dengan diri sendiri, lebih selamat dan bila tiba tempohnya, pasti akan dapat.

Baca : Cara Main Duit Kutu Dengan Maybank


4 | Lakukan perbandingan harga - dan cari kedai runcit yang lebih murah.

Kebanyakan kita mendapat rutin membeli-belah di kedai runcit yang sama, dan kita mungkin tidak menyedari bahawa kita tidak mendapat tawaran terbaik.

Dengan mempunyai rekod pembelian, lihat pada 20 barangan yang paling kerap anda beli, kemudian belanja barang-barang ini di pelbagai kedai.

Bila anda dapati, kedai tersebut menawarkan harga paling murah , jadikan ia destinasi membeli belah yang tetap.


5 | Pelbagaikan sumber kewangan


Kalau kita tengok sekarang ni, ekonomi dan nilai Ringgit Malaysia pun turun naik. Kos sara diri pun semakin lama semakin meningkat.

Kurang releven sekiranya kita bergantung hanya pada satu sumber pendapatan sahaja.

Memang memerlukan komitmen yang lebih sedikit disebabkan kita perlu fokus pada dua perkara yang penting. Cubalah cari masa dan bijak bahagikan masa. 

Jangan terlalu fokus pada yang satu dan cuba seimbangkan.

Dengan ada internet ni, sebenarnya memudahkan kita menjana pendapatan secara online. Kalau dulu kena ada tapak kena ada kedai.

Sekarang ada macam-macam platform untuk berniaga seperti blog, Instagram dan Facebook.

Baca : Bertubi-tubi RM1 masuk dalam akaun !


6 | Berjimat dari segi trend

Trend dan gaya hidup berubah setiap masa. Dan ada musim-musimnya. Adakalanya kita terpengaruh dengan trend kerana nak mengikut peredaran zaman dan hipster.

Jangan terlalu ikutkan hati tapi fikirlah kesenangan untuk masa hadapan. 

Trend semasa yang muncul di zaman moden ini lah membuatkan kita terpengaruh dan tanpa sedar, kita membuat sesuatu yang mendorong ke arah pembaziran.

Bijaklah merancang perjalanan hidup anda.

Ahli falsafah Lao Tzu pernah berkata, “Kehidupan membazir dan tamak akan mendorong manusia ke arah kebinasaan. "

Cara Main Duit Kutu Dengan Maybank


duit kutu, bank


Cara Main Duit Kutu Dengan Maybank | Adakah anda ingin berjimat dan menyimpan duit tapi apabila setiap hujung bulan duit anda tidak pernah cukup?

Sekiranya anda mempunyai masalah kewangan ini, jawapan untuk permasalahan ini adalah dengan automasikan perbelanjaan dan menyimpanan duit anda.

"Automasi" bermaksud menetapkan sistem automatik untuk menjaga tugas pengurusan wang yang biasanya anda dikendalikan diri anda.

Ianya agak mudah, ringkas dan menjimatkan masa.

Artikel ini merupakan tulisan asal dari SisiAzie Hassan.

Dedaun Comel kongsikan di sini kerana percaya artikel ini boleh membantu mereka yang cuba untuk menyimpan duit dan berjimat dalam menghadapi kos sara diri yang semakin membelenggu.


SIMPANAN “KUTU” DIRI SENDIRI


Selalunya bila terima gaji, masyarakat kita amat sukar menyimpan. Ada saja bayaran atau hutang yang perlu dilangsaikan. 

Niat mahu menyimpan sudah ada, namun selalu tergendala dek masalah kewangan yang tidak teratur.

Kadang-kadang bila sudah berjaya menyimpan, terpaksa keluarkan simpanan untuk dibelanjakan.

Jadi, bagaimana caranya nak menyimpan dengan lebih berdisiplin dan selamat? 

Mungkin ramai yang tidak tahu bahawa Maybank menyediakan kemudahan untuk penggunanya menyimpan wang secara potongan bulanan yang ditetapkan secara online. 

Menarik bukan? 

Ibarat bermain ‘kutu’ dengan diri sendiri, lebih selamat dan bila tiba tempohnya..

pasti akan dapat.


FLEXI SAVER PLAN

Salah satu cara saya menyimpan ialah dengan Flexi Saver Plan. Contohnya, ligat nak bayar lumpsum untuk bayar road tax kereta, kenapa tak cuba cara ini?

Sebagai contoh, saya simpan RM100 sebulan selama 12 bulan untuk bayar road tax kereta bulan Mei 2017 akan datang. Saya sudah mula menyimpan dengan Flexi Saver ini sejak bulan Mei 2016.

Jadi setiap bulan, RM100 akan ditolak dari akaun bank saya pada 2 haribulan. InshaAllah pada 2 Mei 2017 nanti, RM1200 akan masuk semula dalam akaun. Maka dengan duit itu saya boleh bayar road tax kereta tanpa sebarang masalah.

Berikut adalah caranya (boleh juga rujuk gambar di bawah artikel ini)
  1. Login akaun Maybank anda seperti biasa
  2. Klik pada Accounts & Banking
  3. Klik Personal Saver Account
  4. Di sebelah kanan, klik pada Setup Flexi Saver Plan
  5. Anda boleh pilih dari 12 bulan ke 60 bulan mengikut keperluan masing-masing
  6. Tujuan? Pilih mengikut pilihan yang sedia ada
  7. Pilih tarikh yang anda sendiri kehendaki duit ditolak dari akaun bank anda setiap bulan

LIHAT CONTOH DI BAWAH


Disember 2015 : RM150/bulan (12 bulan)

Setiap 30 haribulan setiap bulan bermula dari Disember 2015, RM150 dalam akaun akan ditolak secara automatik dan 30 Disember 2016, duit masuk semula ke dalam akaun. RM150 x 12 = RM1,800

Pastikan setiap 30 haribulan dalam akaun cukup RM150 untuk ditolak.

Duit ini tidak akan muncul dalam baki akaun anda sehingga tiba tarikh matangnya. Maksudnya duit itu pihak bank sudah siap letak tepi. 

1 | Login akaun Maybank anda seperti biasa



2 | Klik pada Accounts & Banking


3 | Klik Personal Saver Account



4 | Di sebelah kanan, klik pada Setup Flexi Saver Plan



5 | Anda boleh pilih dari 12 bulan ke 60 bulan mengikut keperluan masing-masing
6 | Tujuan? Pilih mengikut pilihan yang sedia ada
7 | Pilih tarikh yang anda sendiri kehendaki duit ditolak dari akaun bank anda setiap bulan


Jadi, anda tidak perlu risau untuk berbelanja menggunakan wang yang ada dalam akaun bank kerana simpanan tersebut telah diasingkan.

Semoga tips ini dapat membantu anda menyimpan dan berjimat cermat.

Nota Kaki:

Kalau belum ada lagi akaun Maybank, cakap nak buka akaun Personal Saver. Initial RM10. Baki minimun RM1. 

Then baru boleh guna Flexi Saver Plan. Kalau dah ada (yang “Kawanku” atau tengok kat M2U takde function ni), pergi ke Maybank untuk convert je yang ada sekarang ke Personal Saver.


Sumber Asal : SisiAzie Hassan

Kenapa Susah Sangat Nak Berjimat ??

cara berjimat. susah berjimat


Untuk berjimat kita kena lebihkan perbelanjaan dari pendapatan.

Setiap bulan saya ingatkan diri untuk berjimat, akhirnya hampir setiap bulan juga saya terlebih berbelanja.

Dan begitu la juga seterusnya. Ingatkan diri untuk berjimat tapi tetap terbelanja lebih tanpa sengaja.

Dengan kos sara hidup yang semakin meningkat menjadikan aktiviti menyimpan dan berjimat itu agak sukar dilakukan.

Walaupun bergitu, rasanya belum terlambat untuk kita bermula untuk merancang kewangan kita. Kan?

Setiap yang terjadi pasti ada sebabnya dan ini merupakan antara sebab yang dikongsikan di Dedaun Comel berkenaan kenapa susah sangat untuk berjimat.


1 | Otak kita suka dengan feedback yang pantas


Kita lebih cenderung untuk memberi keutaamaan kepada keperluan atau keinginan yang segera.

Sebagai contoh, membeli telefon atau benda baru berbanding dengan keperluan masa depan seperti menyimpan wang untuk pelaburan dan persaraan.

Jika kita membeli barangan hipster kegemaran kita, kepuasan itu kita akan dapat setelah memiliki barangan itu adalah dalam kadar yang segera.

Manakala apabila ingin berjimat, ia memerlukan beberapa bulan malahan bertahun untuk berjaya mengumpul jumlah wang yang kita inginkan.


2 | Manusia sentiasa lupa dalam kesenangan

Sebagai manusia, lupa merupakan salah satu perkara yang biasa kita lakukan.

Terutamanya bila baru mendapat gaji.

Ingatkah anda semasa anda dalam kesempitan wang?

Mungkin dalam fikiran anda kalau ada duit ni waktu susah ni, nak berjimat, tak perlu la bila hujung bulan asyik terpaksa makan maggi kari hari-hari.

Dan hari yang ditunggu pun tiba. 

Bila gaji masuk anda berbelanja macam hari esok takkan tiba. 

Anda lupa tentang maggi yang anda akan makan kari pada hujung bulan. Berbelanja sakan la orang kata.

Salah satu situasi lagi, apabila sudah terbiasa hidup bergaji kecil dan tiba-tiba anda mendapat gaji atau bayaran yang lebih besar, berkemungkinan besar juga anda meningkatkan perbelanjaan untuk membeli lebih banyak barang.


3 | Dunia menuju ke arah “cashless society”

Kemudahan untuk membayar produk dan servis melancarkan lagi aktiviti pemborosan setiap bulan.

Pembayaran melalui kad kredit dan kad debit mengalakkan perbelanjaan tanpa kawalan dan boleh meningkatkan keinginan untuk berhutang.

Cara pembayaran yang mudah dan cepat kadangkala boleh membuat kita boros secara tidak disedari.

Tambahan lagi kita diperkenalkan dengan system pembayarab yang lebih mudah dan cepat seperti Alipay dan Samsung Pay.

Negara kita juga menuju ke arah “cashless society” seperti yang dikatakan oleh Khairy Jamaluddin.



4| Sering membandingkan diri dengan orang lain

Media sosial boleh memberikan banyak kebaikan. Namun media sosial secara tidak langsung boleh memberi tekanan dalam cara kita berbelanja...

Menurut kajian Sean Stein dari Universti Camden, “Melihat gambar selebriti, keluarga dan rakan-rakan yang memuat naik gambar percutian mereka merupakan salah satu rintangan sukar dalam proses untuk berjimat.”

Bukan setakat percutian, handphone dan kereta baru pun mereka upload kat media sosial.

Bagi sesetengah orang, ia membuat mereka merasa rendah diri dan ada pula yang rasa tercabar.

Apa pun, sentiasa bersabar, jangan terlalu bandingkan diri dengan orang lain. Setiap orang pasti berbeza dari segi kemampuan dan kerja keras.

Bak kata pepatah, mengukur baju di badan sendiri.


5 | Tiada matlamat kewangan


Menurut kajian yang dilakukan oleh Gail Matthews di Universiti Dominican, mereka yang menuliskan matlamat mereka dicapai jauh lebih tinggi daripada mereka yang tidak menuliskan matlamat mereka.

Tanya diri anda beberapa soalan seperti
  1. Kenapa saya ingin berjimat?
  2. Bagaimana saya lebih berjimat tanpa sifat kedekut?
  3. Berapa banyak penjimatan setiap hari yang boleh saya lakukan?
  4. Berapa lama (bulan/tahun) saya perlu berjimat?
  5. Bila saya boleh mula berjimat?
  6. Bagaimanakah saya dapat membayar kos pendidikan anak nanti jika tidak berjimat?
Tetapkan matlamat anda secara jelas dengan sebab-sebab untuk berjimat. Macamana nak jaringkan goal kalau tiada tiang gol kan?

Amalan berjimat cermat merupakan nilai murni yang perlu ada pada diri kita. 

Dengan berjimat cermat, kita boleh hidup dengan kesederhanaan tanpa membazir.

Ahli falsafah Lao Tzu pernah berkata, “Kehidupan membazir dan tamak akan mendorong manusia ke arah kebinasaan. "

Sebab Utama Anda Perlu Berjimat

berjimat. menyimpan duit


Kenapa perlu berjimat?

Tak kira la ketika ekonomi negara memberansangkan ataupun merundum, penjimatan kena kita buat dari masa ke semasa.

Beli ikut keperluan dan bukan ikut kemampuan. Biar tak bergaya, asalkan poket kita kaya. Biasa anda dengar kan?

Banyak sebab kita perlu berjimat. Antaranya ialah


Untuk kegunaan masa kecemasan..

Anda tidak dapat meramal masa hadapan. Saya pun bukan peramal masa depan.

Ada masanya anda mungkin akan menghadapi masalah seperti kerosakkan kereta atau dibuang kerja.

Bila ada simpanan, bolehlah bersedia untuk menghadapinya saat-saat gentingn begini.

Bukan kita harap benda ni terjadi, tapi apa-apa pun boleh berlaku tanpa diminta. Bak kata orang dulu-dulu, malang tidak berbau.

Oleh itu, kena berjimat dan ada  tabung kecemasan.


Untuk memenuhi kehendak dan impian anda..


Setiap orang ada impian dan kehendak.

Bagi memenuhi impian dan kehendak perlukan duit. Mungkin impian anda untuk membeli kereta, rumah atau pun melangsungkan perkahwinan yang kedua, tetap perlu keluarkan duit walaupun sikit.

Sebagai seorang yang bekerja keras untuk keluarga dan diri sendiri, ada masanya anda perlu membelanjakan sebahagian wang untuk apa yang penting dan anda berhak untuk bergembira atas usaha yang telah anda lakukan.

Siapa yang kata duit tidak boleh membuatkan mereka gembira, silalah bank-in duit anda kepada saya. #gurau 


Membuat pelaburan..

Membuat pelaburan, berjimat dan membuat simpanan adalah perkara yang berbeza. Tapi dengan berjimat dan membuat simpanan anda boleh membuat pelaburan.

Berjimat dan membuat simpanan mempunyai risiko yang kecil manakala melabur risikonya lebih besar namun pulangannya berganda-ganda.

Sekarang ni macam-macam cara anda boleh melabur seperti pelaburan emas,  jual beli saham dan juga  pelaburan Unit Trust.

Contohlah anda ingin menjadi salah seorang penjual atau pembeli saham, anda perlu faham akan konsep pelaburan. Jika anda merupakan seorang pelabur saham, anda akan simpan saham tersebut dalam tempoh masa yang lama

Keuntungan pelaburan saham dapat dibuat jika teknik dan juga analisis yang betul dibuat.


Berjimat Dan Simpan Duit Anda
Jom Melabur !

Bebas dari segi kewangan..

Bebas dari segi kewangan bukanlah bermakna kaya tapi anda bebas dari tekanan-tekanan wang seperti..
  1. bebas untuk melancong
  2. bebas bertukar kerjaya
  3. bersara awal
  4. membantu ahli keluarga dari segi kewangan
  5. bebas dari hutang

Sekurang-kurangnya, tidak la anda sering disindir di media sosial - Hutang belum bayar, tapi upload gambar makanan sedap-sedap

Berjimat la selagi mampu. Lagipun sekarang harga barang semakin lama, semakin naik. Nilai RM pun tak stabil. Sudah tentu kos sara hidup pun semakin meningkat..

Segmen Suai Kenal Blogger Seluruh Malaysia

Segmen Suai Kenal Blogger Seluruh Malaysia


Tak kenal maka tak cinta.

Bagaimana kita menzahirkan perasaan cinta dan kasih sayang, sekiranya kita tidak mengetahui tentang kewujudan mereka , cuba mengenali dan memahami mereka.?

Mencintai dan mengasihi bukanlah hanya untuk pasangan kekasih seperti suami isteri tapi juga untuk saudara, kawan sahabat dan juga sebagai masyarakat.

Kasih sayang juga boleh ditunjukkan dengan memberi sokongan dan sentiasa bersangka baik.

Mengapa perlu mengenali antara satu sama lain?
Ada antara kita mungkin pernah, sama ada secara sengaja atau tidak menghakimi orang lain kan?

Sebagai contoh,

" Kenapa la orang tu mencuri sardin, ada tangan ada kaki, kenapa tak kerja cari hasil yang halal? "

Mungkin kita tidak tahu yang dia tiada sumber pendapatan yang lain dan terdesak untuk memberi anak-anak dan isteri yang sedang kelaparan.

Manakala saudaranya sering memalukan dia kerana tidak dapat memberi kesenangan kepada keluarganya..


" Kenapa muka dia hodoh? Badan pun penuh dengan parut. "


Mungkin  kita tidak tahu yang dia merupakan mangsa penderaan ibu bapa sejak kecil lagi dan membuat keputusan untuk tidak lari dari rumah untuk melindungi adik-adiknya yang lain daripada didera..

Saya percaya, jika kita cuba lebih memahami dan kurang menghakimi, pasti dunia ini lebih bahagia untuk didiami.


Siapakah saya?

Nama saya Fareed Foo. Biasanya saya dipanggil oleh kawan-kawan dengan gelaran Far, Bro Far, Abang Far atau pun Red.

Boleh add saya di Facebook : Fared Foo Sinchan

Dan Follow di Instagram : @fareedfoo

Antara sebab nama FB saya ada perkataan Sinchan di hujung sebab ada orang cakap yang kononnya kening saya macam Sinchan.

Hmm. Betul ke?

Saya seumur dengan blogger Sofinah Lamudin. Lagi 3 tahun mencapai 30.

Dan saya berasal dari Sabah.


Tentang saya

⇨ Seorang yang pemalu dan mungkin juga introvert. Sentiasa ingin memperbaiki diri walaupun sering kali gagal. :'(

Tapi takpa, jatuh 7 kali, bangkit 8 kali. Kan?

⇨ Mempunyai sifat ingin tahu yang tinggi. Oleh sebab itu, banyak benda yang saya belajar tak habis sebab bila tahu pasal 1 benda ni, nak tahu lagi 1 benda lain. Serabut di buatnya.

(Mungkin bukan sifat ingin tahu tapi masalah untuk fokus :D )

⇨ Mempunyai beberapa blog yang lain dan mula aktif berblog pada 4 tahun yang lalu. Belum boleh dipanggil sebagai otai.


Tentang Dedaun Comel

Kenapa pilih nama Dedaun Comel?

Bagi saya, ia mudah diingati. Lagipun fungsi daun pada tumbuhan memiliki peranan penting dalam proses pembentukan tumbuhan agar menjadi lebih sempurna dan indah serta memberi nafas kepada hidupan yang lain.

Begitu la harapan saya pada blog ini, untuk memberi semangat dan berkongsikan inspirasi tersebut dengan orang lain.

Mungkin tidak semua artikel ini dalam blog ini dapat memberi inspirasi kepada orang lain, tapi sekiranya ada 1 orang saja dapat manfaat hasil dari blog Dedaun Comel, saya sudah cukup bahagia.

Dalam masa yang sama, dengan blog Dedaun Comel saya boleh menjana sedikit pendapatan secara online untuk sentiasa memperbaiki diri dan kualiti blog.

Tak kenal maka tak cinta.

Sekarang anda sudah mengenali saya , bolehkah anda mencintai saya? #brocuba


Artikel ini terhasil dari  Segmen Suai Kenal Bloggers Seluruh Malaysia yang dianjurkan oleh Sofinah Lamudin.

Anda boleh la berkenalan dengan Blogger Sofinah Lamudin ni bersama 2 ekor kucing beliau yang comel, Si Ontot dan Si Chokey dengan menyertai Segmen Suai Blogger Seluruh Malaysia.

Segmen Suai Kenal Blogger Seluruh Malaysia

SEGMEN SUAI KENAL BLOGGERS SELURUH MALAYSIA untuk kita semua saling mengenali dan bertukar ilmu melalui pembacaan di dalam blog masing-masing.

Untuk menyertai Segmen ini,

Sila klik >> Suai Kenal Bloggers Seluruh Malaysia << klik

Diet Atkins dan Cara Melakukannya

diet atkins, apa itu diet atkins

Diet Atkins adalah diet rendah karbohidrat, biasanya disyorkan untuk penurunan berat badan.

Mereka yang melakukan diet ini mendakwa bahawa ia boleh menurunkan berat badan mengamalkan diet tinggi protein dan anda boleh makan makanan berlemak, asalkan anda menghindari makanan tinggi karbohidrat.

Dalam tempoh 12 tahun yang lalu, lebih 20 kajian telah menunjukkan bahawa diet rendah karbohidrat berkesan untuk penurunan berat badan (tanpa pengiraan kalori), dan boleh membawa kepada pelbagai peningkatan kesihatan.

Diet Atkins ini pada asalnya diperkenalkan oleh seorang doktor bernama Dr. Robert C. Atkins, yang menulis buku laku keras tentang diet pada tahun 1972.

Sejak itu, diet Atkins telah menjadi terkenal di seluruh dunia dan banyak lagi buku telah ditulis tentangnya.

Sebab utama diet rendah karbohidrat sangat berkesan untuk penurunan berat badan ialah apabila kita mengurangkan pengambilan karbohidrat dan makan lebih banyak protein, selera kita menurun dan akhirnya secara automatik kita akan makan lebih sedikit tanpa perlu terlalu berfikir tentang pengambilan kalori berlebihan.


Bagaimana nak lakukan diet Atkins?

Diet Atkins dibahagikan kepada 4 fasa/peringkat yang berbeza 



Fasa 1 (Induction)

Makan di bawah 20 gram karbohidrat per hari selama 2 minggu.

Makan lemak tinggi, protein tinggi, dengan sayur-sayuran rendah karbohidrat seperti sayur-sayuran berdaun. Ini kick-start penurunan berat badan.


Fasa 2 (On-going weight loss)

Perlahan-lahan menambah kacang-kacangan, sayur-sayuran rendah karbohidrat dan buah-buahan yang sedikit kembali ke diet anda.


Fasa 3 (Pre-maintainance)

Apabila anda sangat dekat dengan berat badan anda, tambah lebih banyak karbohidrat untuk diet anda sehingga penurunan berat badan menjadi lebih perlahan.


Fasa 4 (Life-time maintainance)


Di sini anda boleh makan sebanyak banyak karbohidrat yang sihat kerana tubuh anda boleh bertolak ansur tanpa mengembalikan berat badan.


diet atkins, apa itu diet atikins

Anda harus mengelakkan makanan ini pada diet Atkins
  1. Gula: Minuman ringan, jus buah-buahan, kek, gula-gula, ais krim.
  2. Bijirin: Gandum, barli, beras. 
  3. Minyak sayuran seperti minyak jagung,. 
  4. Makanan "Diet" dan "rendah lemak": Ini biasanya sebenarnya sangat tinggi dalam gula. 
  5. Sayuran tinggi karbohidrat: Contoh, lobak (induksi sahaja). 
  6. Buah-buahan tinggi karbohidrat: Pisang, epal, oren, pear, anggur (induksi sahaja). 


Contoh Menu Diet Atkin 

(Sumber gambar: rempitkehidupan, xnakgemuk)


resepi atkin, menu atkin
Contoh Menu Diet Atkins 1


resepi atkin, menu atkin
 Contoh Menu Diet Atkins 2

resepi atkin, menu atkin
Contoh Menu Diet Atkins 3

Untuk maklumat lanjut atau sebarang pertanyaan bagi Diet Atkins, boleh follow akaun Twitter : @Atkindiet

Para admin boleh jawab sebarang kemuskilan anda di sana ;)


diet atkins, apa itu diet atkins


Kesilapan yang biasa dibuat ketika melakukan Diet Atkins
(Sumber : atkinsdiet.com )


1 | Tidak makan sayuran

Pastikan anda makan 12 hingga 15 gram karbohidrat bersih anda dalam bentuk sayuran asas.

Ini kira-kira 6 cawan sayur-sayuran berdaun dan 2 cawan sayuran yang dimasak, yang bermakna anda boleh mempunyai salad besar semasa makan tengah hari, salad sampingan pada waktu makan malam dan masih mempunyai beberapa hidangan sayuran kegemaran anda.


2 | Tidak minum air kosong yang secukupnya

Anda disarankan untuk minum 8 gelas air sehari tapi sekiranya anda mempunyai badan yang besar dan lebih akfti, anda perlukan lebih banyak air.

Salah satu cara untuk memeriksa sekiranya air kosong yang anda minum mencukupi ialah dengan melihat warna air kencing anda, yakni jernih.

Anda boleh minum teh atau kopi tanpa gula kerana gula pengurangan makanan manis merupakan salah satu objektif Diet Atkins.


3 | Tidak mengambil makanan yang mengandungi garam langsung

Oleh kerana Atkins adalah diet diuretik secara semulajadi, anda tidak perlu mengelakkan garam untuk mengurangkan pengekalan air.

Sedikit garam boleh membantu anda mengelakkan mengalami sakit kepala, kekejangan otot kerana berubahan tubuh anda terutamanya apabila membakar lemak untuk tenaga.

Amaran : Sekiranya anda mengalami tekanan darah tinggi atau doktor menasihatkan anda untuk bataskan pengambilan garam, anda perlu dengar nasihat doktor.


4 | Tidak mengambil protein yang cukup

Mengambilan protein yang dicadangkan adalah sebanyak antara 114 gram sehingga 170 gram protein bergantung kepada jantina dan ketinggian anda.

Bagi yang perempuan mungkin cukup 114 gram (4 auns) protein manakala bagi lelaki 160 gram (6 auns) protein.

Walaubagaimanapun, mengambilan protein seharusnya seimbangkan dengan pengambilan serat dari sayur-sayuran.

Pengambilan protein berlebihan atau protein sahaja tanpa gabungan nutrisi lain seperti sayur-sayuran, ia akan mengangunggu proses penurunan berat badan dan membuat anda cepat lapar kerana badan anda pencari nurtisi yang mencukupi


5 | Terlalu berharap dengan alat timbangan

Timbang dan ukur diri setiap minggu atau gunakan purata berat badan.

Setiap orang pasti akan mengalami perbezaan dalam mengurangan berat badan. Jangan kecewa sekiranya berat badan anda tidak berkurang seperti yang anda harapkan pada 3-4 minggu yang pertama.

Lebih-lebih lagi, jika anda bersenam, anda sebenarnya boleh membina otot walaupun anda membakar lemak. Otot adalah lebih padat dari lemak.

Berat anda pada timbangan mungkin berat tapi potongan badan anda lebih hebat dengan menghasilan otot dari bersenam.


6 | Tidak mencatatkan progres

Gunakan jurnal. Anda perlu catatkan berat badan dan ukuran anda setiap minggu.

Dengan ini anda boleh memerhatikan pengambilan makanan anda dan menghitung jumlah karbohidrat setiap hari.

Anda juga dapat mengesan dengan cepat sekiranya anda mengambil jumlah karbohidrat lebih dari yang anda sangka.